Saya turut menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Padang Taman Kota Jaya Simpang, Taiping pada Sabtu lepas (14 Mac 2009). Reaksi spontan saya pada ketika itu bagaikan adanya satu gelombang baru dikalangan masyarakat setempat yang begitu ghairah menyambut ketibaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta pemimpin-pemimpin tertinggi Negara termasuk YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Dr. Zambry bin Abdul Kadir, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tan Sri Muhammad Mohd Taib serta pemimpin di peringkat nasional dan tempatan yang lain walaupun notis pemakluman yang diberikan bagi majlis berkenaan adalah begitu singkat.
Kehadiran hampir 10,000 orang terdiri dari pelbagai kaum menunjukkan komitmen dan respons yang positif dari masyarakat setempat di mana mereka telah memperlihatkan sokongan padu kepada program hari tersebut terutama sekali apabila TPM memberikan ucapan.
Majlis yang berlangsung hampir 3 jam turut mengumumkan calon Barisan Nasional (BN), Encik Ismail Safian, anak jati Bukit Gantang turut mendapat sokongan padu segenap lapisan masyarakat. Rata-rata masyarakat telah memperlihatkan semangat perpaduan yang tinggi terhadap pencalonan beliau.
Saya sempat menemubual beberapa orang penduduk tempatan yang rata-rata sudah jelak dan bosan pada Pakatan rakyat (PR) yang langsung tidak mempunyai agenda pembangunan, kebajikan dan perancangan bagi membela nasib rakyat. Asyik-asyik mereka mengadakan ceramah isu semasa saban hari yang mengutuk kepimpinan Kerajaan Persekutuan. Rakyat Negeri Perak telah merasai keperitan pemerintahan mereka selama 11 bulan bagaikan satu penyiksaan kepada mereka dan mereka tidak mahu tertipu lagi.
Walaupun hari mengundi masih jauh iaitu pada 7 April 2009 akan datang, namun dari tinjauan saya di beberapa daerah mengundi dan lokaliti serta bertemu dengan pengundi-pengundi, saya mendapati bagaikan telah bermula satu gelombang baru penduduk Negeri Perak menyokong Kerajaan BN.
Sama-samalah kita bekerja keras dan berdoa agar BN memperoleh kejayaan dalam PRK P059 Bukit Gantang nanti.

Salam Bro..
ReplyDeleteMcm ni,saya pun baru balik dr bukit gantang juga,tp apa yg saya lihat memang ramai org,tp bas SEKOLAH pun banyak kat situ...Rasa2nya lah yg ramai tu mcm dijemput atau dipaksa datang oleh PIHAK2 tertentu utk meramaikan majlis tu..Sudah2lah menipu rakyat..Rakyat dh tak bodoh lah skrg ni...
respone to satria,
ReplyDeletejgn fikir negatif, kita tak tau yang menggunakan bas sekolah tu yang datang dari jauh, dan mungkin ada yang btol2 menyokong kerajaan yang sedia ada, tuan dah pg tanya ker yang datang menggunakan bas sekolah tu dari mana??tuan tau ke diorang tu di paksa??ada tuan pg tanya?? kita tak boleh menuduh sebarangan sekiranya kita tidak bertanya sendiri kepada tuan empunya badan,jgn sama kan semua majlis mcm tu......jgn menuduh sebarangan sekiranya kita tidak tahu kesahihan perkara tersebut...
sekian,
betul tu BN kena menang kalau nak jadi kerajaan yang bermaruah. puak satu lagi tu mereka tak kisah asal menang saja... matlamat halalkan cara. pas haramkan islam umno tapi halalkan islam dap kerana lim guan eng suka khalifah umar abdul aziz. tak tau lah apa nak jadi dengan psikologi orang melayu ni.....dulu pun ramai melayu sokong komunis sebab dalam komunis ramai yang pro pas.....sekarang nama Allah pas setuju digunakan oleh org kristien dll..... itulah jatidiri pas tu.... jumpa di taiping yeeeeee....
ReplyDelete