Thursday, January 22, 2009

KEMPEN BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA : Semangat Patriotik Yang Dituntut

Semangat patriotik pada agama, bangsa dan negara memang dituntut oleh agama. Hadis sahih menyatakan kecintaan pada Negara adalah sebahagian dari iman.

Dalam hubungan ini, sebagai warganegara sejati, kita perlulah mempunyai sikap cinta pada Negara setiap masa. Kita sewajarnya menunjukkan sikap taat setia yang tidak berbelah bagi kepada agama, bangsa dan Negara walau dalam keadaan apa sekalipun. Baik semasa senang mahu pun semasa susah.

Rakyat Negara kita yang majmuk berbanding dengan Negara luar dari segi perbandingan, kita sesungguhnya rasa agak bertuah kerana Negara kita dilimpahi dengan kemakmuran, aman dan damai berbanding dengan Negara luar. Walaupun penduduknya terdiri dari sesama bangsa namun gagal menunjukkan kesepakatan dalam banyak hal hingga menjadikan Negara mereka tidak seindah seperti yang kita alami.

Perbedaan senario ini adalah atas sifat kekentalan semangat cinta, patriotik dan sayang seluruh warganegara terhadap Negara kita yang telah kita pupuk sejak 5 dekad yang lalu.

Maka, amatlah bertepatan sekali Kempen Beli Barangan Tempatan yang dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 16 Januari 2009 lalu, mengajak rakyat memberi keutamaan kepada produk tempatan adalah sebagai usaha kempen mengukuhkan jati diri dan semangat patriotik kita pada Negara.

Sedar atau tidak, selama ini kita banyak memberi keutamaan kepada produk-produk negara luar yang kita agung-agungkan. Namun percayalah bahawa produk negara kita adalah setanding dengan produk-produk negara-negara luar. Jadi kenapa tidak kita utamakan produk-produk tempatan?

Saya percaya jika seluruh rakyat menyahut Kempen Beli Barangan Malaysia ini, sekurang-kurangnya negara kita tidak akan terbeban dengan kemelut krisis ekonomi global. Demi mengekalkan kemakmuran rakyat, maka marilah sama-sama kita memainkan peranan bagi menghadapi cabaran global memastikan kesinambungan kejayaan negara ke arah pencapaian matlamat misi nasional dan Wawasan 2020 tercapai.

1 comment:

  1. tahniah tuan hj,moga dengan penjelasan tuan hj sebegini dapat memberi pemahaman kepada semua masyarakat khususnya di negeri Perak...

    Tahniah..

    ReplyDelete