Monday, January 12, 2009

Hulurkan Sumbangan Kepada Tabung Kemanusiaan Palestin

Hati siapakah yang tidak tersentuh apabila menatapi gambar mayat-mayat warga Palestin bergelimpangan tidak mengira anak kecil, orang tua, muda maupun bayi mati dalam keadaan yang ngeri dibasahi dengan darah merah yang amat dahsyat. Visual-visual dahsyat itulah yang mengambil tempat dipaparkan oleh media setiap hari sebagai berita utama.

Regim Zionis Israel yang setiap hari menggasak dan meratah umat Palestin seolah-olah telah hilang naluri kemanusiaannya. Apa yang kita nampak tindakan mereka seolah-olah "holocaust" yang cuba menghapuskan etnik Muslim Palestin yang berasaskan ethnic cleansing.

Apakah kita sebagai sesama manusia tidak tersentuh dan merasai kesengsaraan serta penderitaan yang mereka alami? Atau cukupkah kita sekadar mengeluh panjang dan menjadi penonton setia kepada peristiwa tersebut sebagaimana kita menonton wayang cerita peperangan lakonan Vic Morrow dalam siri cerita Combat terhadap perlakuan tanpa peri kemanusian Israel terhadap rakayat Palestin?

Sebagai insan yang dijadikan Maha Pencipta, kita sewajarnyalah turut bertanggung jawab untuk membantu musibah yang menimpa penghidupan mereka. Bukankah agama meminta kita untuk hidup berkasih sayang terhadap sesama makhluk dimuka bumi ini walaupun berlainan bangsa dan agama.

Dalam tindakan rejim Zionis yang tidak berhati perut ini, marilah kita sama-sama memberikan sokongan terhadap kesengsaraan yang mereka alami dengan menghulurkan derma kepada Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin bagi mengurangkan penderitaan dan kesengsaraan yang mereka alami disamping kita melakukan solat hajat supaya Allah SWT menurunkan burung-burung dari langit bagi menghancurkan Yahudi laknat ini seperi peristiwa yang berlaku kepada tentera bergajah pimpinan Abrahah dalam surah Al-Fil.

Semoga doa dan sumbangan kita ini diberkati dan dapat menghancurkan musuh Allah di muka bumi ini.

1 comment:

  1. salam tuan haji,saya bukan ape,takut kalau kita derma,sumbangan kita tu di salurkan kepada FATAH,almaklumlah FATAH x berapa ngam dgn HAMAS,takut² sumbangan kita tu dibelinye senjata, peluru atau bom ke untuk musnahkan lagi masyarakat palestin..kita x tau...skg nie saya harap lah agar sumbangan kita tu sampai ke pada yang betul² yang memerlukan....dan bukan jatuh ke tangan pihak yang tidak beranggungjawab...satu soalan disini,bagaimana kita nak tahu bahawa sumbangan kita tu sampai ke tangan pihak yang betul² memerlukan..ada tak laman web khas ke atau apa sahaja untuk kita tau kemana sumbangan yang telah kita buat dan sampai atau tidak sumbangan kita itu....

    sekian...

    ReplyDelete